Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

281  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis Nombor 3870.
Abdullah bin Abdur Rahman dan Ishaq bin Manshur menceritakan kepada kami: mereka berkata: "Muhammad bin Yusuf memberitahukan kepada kami dari Israil dari Maisaroh bin Habib dari AlMinhal bin Amr dari Zirr bin Hubaisy dari Hudzaifah berkata: "Ibu ku berkata kepada ku: "Bila kamu melihat Rasulullah?" aku menjawab: "Aku tidak melihat Beliau sejak anu dan anu", lalu ibu ku memaki ku kemudian aku berkata kepadanya: "Biarkanlah aku datang menghadap Rasulullah saw lalu aku melakukan solat maghrib beserta Beliau dan aku meminta kepada Beliau agar mengampuni dosa ku dan dosa ibu ku, lalu aku datang kepada Rasulullah saw kemudian aku melakukan solat maghrib bersama beliau lalu beliau melakukan solat sunat sehingga melakukan solat isyak kemudian Beliau pulang lalu aku mengikuti Beliau lalu Beliau mendengar suara ku kemudian Beliau bersabda: "Siapa ini Hudzaifah?" Aku berkata: "Ya". Beliau bersabda: "Apa keperluanmu mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosamu dan dosa-dosa ibumu". Beliau bersabda: "Sesungguhnya ini adalah Malaikat yang belum pernah turun ke bumi sebelum malam ini, dia minta izin kepada Tuhannya agar mengucapkan salam kepada ku dan memberi berita gembira kepada ku bahawa Fatimah adalah pemimpin wanita-wanita penghuni syurga dan bahawa Al-Hasan dan Al-Husain adalah pemimpin pemuda ahli syurga." Hadis ini adalah hasan gharib dari sanad ini yang aku tidak mengetahuinya selain dari hadisnya Israil.

282  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0386.
Diceritakan oleh Anas bin Malik Al Anshari r.a., yang biasa mengikuti, melayani dan menemani Rasulullah saw. dan yang menyukakannya, katanya: "Abu Bakar menjadi imam solat bagi kami ketika Nabi saw. sakit menjelang akhir hayat beliau. Maka pada suatu hari, hari Isnin, mereka telah berbaris hendak solat. Tiba-tiba Nabi saw., menyingkapkan tabir biliknya melihat kepada kami. Beliau berdiri dengan wajah seputih kertas (berkilauan), senyum dan tertawa. Sehingga kami hampir saja tertipu kerana kegirangan melihat Nabi saw. (telah sembuh). Abu Bakar mundur ke belakang untuk masuk ke dalam saf, kerana dia mengira bahawa Nabi saw. akan datang solat. Tetapi Nabi saw. memberi isyarat kepada kami supaya kami menyempurnakan solat kami, dan setelah itu beliau lepaskan tabir. Ternyata beliau wafat pada hari itu juga."

283  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0629.
Dari Abu Amr Asy Syaibani, katanya: "Zaid bin Arqam mengatakan kepada ku, 'Pada masa Rasulullah saw. kami pernah bercakap-cakap ketika sedang solat; sehingga seseorang di antara kami mengatakan kepentingannya kepada yang lain. Maka turunlah ayat: Haafizhuu 'alash shalawaati washshaatil wusthaa (Peliharalah semua solat mu, dan peliharalah solat wusthaa ) hingga akhirnya. Sesudah itu kami diperintahkan diam (tidak boleh bicara) ketika sedang solat."

284  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0493.
Dari Abdullah r.a.. katanya: "Kami memberi salam kepada Rasulullah saw. ketika beliau sedang solat, lalu beliau menjawab salam kami itu. Tetapi tatkala kami kembali dari Raja Najasyi, kami memberi salam pula kepada beliau ketika beliau sedang solat. Beliau tidak menjawab salam kami itu. Lalu kami tanyakan kepada beliau, "Dahulu kami memberi salam kepada anda ketika anda sedang solat, anda menjawab salam kami. Tetapi sekarang kenapa tidak?" Jawab beliau, "Sesungguhnya dalam solat harus ada suatu kesibukan yang sungguh-sungguh (khusyu')."

285  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0182.
Hannad menceritakan kepada kmi dari Sa'id dari Qatadah dari Al Hasan dari Samurah bin Jundub dari Nabi saw bahawasanya beliau bersabda: "Solatul wustha adalah solat Ashar." Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Ali, Abdullah bin Mas'ud, Zaid bin Tsabit, Aisyah, Hafshah, Abu Hurairah dan Abu Hasyim bin Utbah". Abu Isa berkata: "Muhammad berkata: "Ali bin Abdillah berkata: "Hadis Al Hasan dari Samurah adalah hadis sahih, dan ia sungguh mendengar dari padanya." Abu Isa berkata: "Hadis Samurah mengenai solatul wustha adalah hadis hasan. Itu adalah pendapat sebahagian besar ulama' dari para sahabat Nabi saw dan lainnya. Zaid bin Tsabit dan Aisyah berkata: "Solat wustha adalah solat Zohor." Ibnu Abbas dan Ibnu Umar berkata: "Solat Subuh." Abu Musa Muhammad Al Mutsanna menceritakan kepada kami, Quraisy bin Anas menceritakan kepada kami, dari Habib bin Syahid, Muhammad bin Sirin berkata kepada ku: "Bertanyalah kepada Al Hasan dari siapakah ia mendengar hadis 'aqiqah?" Maka saya bertanya kepadanya maka ia berkata: "Saya mendengarnya dari Samurah bin Jundub." Abu Isa berkata: "Muhammad bin Isma'il memberitakan kepada ku, Ali bin Abdillah Al Madini menceritakan kepada kami dari Quraisy bin Anas dengan hadis ini." Muhammad berkata: "Ali berkata: "Pendengaran Al Hasan dari Samurah itu benar, dan ia berhujah dengan hadis ini."

286  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1033.
Abu Kuraib menceritakan kepada kami, Abdullah bin Al Mubarak dan Yunus bin Bukair memberitahukan kepada kami dari Muhammad bin Ishaq dari Yazid bin Abi Habib dari Martsad bin Abdullah Al Yazani berkata: "Malik bin Al Hubairah ketika mensolati jenazah, maka orang-orang yang solat jenazah itu kelihatan sedikit, oleh kerana itu dia membahagi mereka yang solat atas tiga bahagian, kemudian dia berkata: "Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa disolati oleh tiga baris (manusia) maka wajib (baginya syurga)." Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, ummi Habibah, Abu hurairah dan Maimunah isteri Nabi saw. Abu Isa berkata: Hadisnya Malik bin hubairah adalah hadis hasan, seperti inilah beberapa rawi telah meriwayatkannya dari Mohammad bin Ishaq. Ibrahim bin Saad telah meriwayatkan hadis ini dari Muhammad bin Ishaq dan dia memasukkan seorang rawi antara rawi Martsad dan Malik bin Hubairah dan riwayat mereka ini lebih sahih bagi ku.

287  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0627.
Qazaah Maula Ziyad berkata: "Aku mendengar Abu Said Al Khudri mengatakan empat macam ajaran dari Nabi saw., yang sangat aku kagumi dan ku nilai tinggi. Yaitu: 1. Seorang wanita tidak boleh berpergian seorang diri selama dua hari, melainkan dengan suami atau dengan muhrimnya. 2. Tidak boleh puasa pada dua hari. Yaitu, pada hari raya Idul Fitri, dan pada hari raya Idul Adha. 3. Tidak boleh solat sesudah dua solat. Yaitu, sesudah solat Subuh hingga terbit matahari, dan sesudah solat Asar hingga Maghrib. 4. Tidak boleh disediakan perangkat kenderaan kecuali hanya untuk perjalanan ke tiga buah masjid. Yaitu, ke Masjidil Haram, ke Masjid Aqsha, dan ke Masjid ku."

288  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0530.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Abul Ahwash memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Samak bin Harb dari Jabir bin Samurah dimana dia berkata: "Saya melaksanakan solat dua hari raya bersama Rasulullah s.a.w. tidak hanya sekali atau dua kali tanpa azan dan iqamah". Masalah yang sama diriwayatkan pula dari Jabir bin 'Abdullah dan Ibnu 'Abbas. Abu 'Isa berkata: "Hadis Jabir bin Samurah ini adalah hadis hasan sahih. Pelaksanaan tentang kandungan hadis ini menurut tokoh-tokoh sahabat Nabi s.a.w. dan yang lain yaitu bahawa azan itu tidak dikumandangkan untuk dua solat hari raya maupun solat-solat sunat yang lain."

289  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0220.
Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya: "Pada suatu ketika dalam suatu perjalanan Rasulullah saw. tertinggal, dan aku tertinggal pula bersama-sama dengan beliau. Ketika beliau hendak buang hajat, beliau bertanya kepada ku, "Adakah engkau membawa air?" Lalu aku membawakan air setimba untuk beliau. Maka dicucinya tangan dan mukanya. Ketika hendak mencuci tangan, beliau mendapat kesulitan kerana lengan bajunya sempit. Sebab itu dikeluarkannya tanganNya dari bawah jubah, dan beliau letakkan jubah itu ke bahunya. Sesudah itu beliau mencuci kedua tanganNya, menyapu kepala di atas serbannya dan menyapu kaki di atas kedua sepatunya. Kemudian beliau naik ke atas kenderaannya, dan aku pun ikut pula naik. Ketika rombongan yang mendahului kami tersusul oleh kami, kami dapati mereka sedang solat, diimami 'Abdur Rahman bin 'Auf, dan mereka telah rukuk satu rakaat. Ketika dia mengetahui kedatangan Nabi saw. 'Abdur Rahman berusaha hendak mundur, tetapi Nabi saw. memberi isyarat supaya dia terus mengimami. Lalu Nabi saw. solat bersama-sama dengan mereka. Setelah mereka selesai solat (memberi salam), Rasulullah berdiri dan kami mencukupkan solat kami yang ketinggalan satu rakaat lagi.

290  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0185.
Hannad menceritakan kepada kami, Waki' menceritakan kepada kami, dari Kahmas bin Al Hasan dari Abdullah bin Buraidah dari Abdullah bin Mughaffal dari Nabi saw bersabda: "Antara dua azan itu ada solat bagi orang yang mau." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abdullah bin Az Zubair. Abu Isa berkata: "Hadis Abdullah bin Mughaffal itu hadis hasan sahih." Para sahabat Nabi saw berbeza pendapat mengenai solat sebelum Maghrib. Telah diriwayatkan dari tidak hanya seorang dari pada sahabat Nabi saw bahawasanya mereka solat dua rakaat sebelum Maghrib, iaitu antara azan dan iqamah. Ahmad dan Ishaq berkata: "Jika seseorang solat dua rakaat maka itu baik. Ini menurut keduanya berdasarkan istish-hab.